Surirumah Sentral

Perbincangan Dan Bisnes Surirumah
 
HomeSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Ruangan Info: Jom Share.....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mutiarakasih
Tokei Kedai
Tokei Kedai


Posts : 35
Join date : 2008-07-22
Age : 38

PostSubject: Ruangan Info: Jom Share.....   Wed Jul 23, 2008 9:32 pm

Berat Badan Pengaruhi Kesuburan dan Kitaran Haid
--------------------------------------------------------------

Berat badan memainkan peranan penting dalam menentukan bila dan bagaimana waktu subur dan haid. Ini kerana sel lemak dalam badan melepaskan estrogen, yang penting untuk kesuburan dan haid. Untuk memastikan kitaran haid tetap, kebanyakan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 17%-22% lemak dalam badan.

* Kurang berat badan: Anda mungkin alami haid tidak tetap atau mungkin juga ketiadaan haid (amenorrhea). Pastikan anda makan makanan berkhasiat dan mendapatkan berat badan ideal supaya lemak dalam badan anda dapat menghasilkan estrogen.
* Lebih berat badan: Anda juga mungkin alami kitaran haid tidak tetap jika terlebih lemak dalam badan anda. Estrogen yang berlebihan mengganggu proses kesuburan dan haid.
* Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk kedua-dua masalah (terlalu kurus, terlalu gemuk) ini.

- Sumber: No Periods After Stopping the Pill dan Improving Fertility Health: Lifestyle, Women's Health Information, womens-health.co.uk
Back to top Go down
View user profile http://mutiarakasih.net63.net
mutiarakasih
Tokei Kedai
Tokei Kedai


Posts : 35
Join date : 2008-07-22
Age : 38

PostSubject: Re: Ruangan Info: Jom Share.....   Wed Jul 23, 2008 9:41 pm

Sila Berdiri untuk Badan Langsing dan Lebih Sihat
-----------------------------------------------------------------

Tahukah anda berdiri boleh menguruskan badan, mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan pelbagai masalah lain? Baca seterusnya. Pakar fisiologi yang menganalisa obesiti, penyakit jantung dan diabetes mendapati bahawa perbuatan DUDUK (ya duduk, melabuhkan punggung :-)) menghentikan pengaliran enzim lipase yang menyerap lemak. Berdiri membuatkan otot-otot bekerja dan mengaktifkan penyebaran enzim lipase, yang menggalakkan badan memproses lemak dan kolesterol. Berdiri juga menggunakan glukosa dalam darah dan boleh merencatkan perkembangan diabetes.

Jika anda boleh melakukan sesuatu dengan berdiri atau duduk, pilihlah berdiri. Melihat anak bermain di taman, dari anda duduk, baik berdiri. Atau berbual-bual dengan jiran, anda juga boleh berdiri. Jika anda bekerja di hadapan komputer atau hanya di meja, sekali-sekala berdiri dan berjalan-jalan.

Berdiri juga dapat mengurangkan saiz pinggang anda! Kebanyakan orang boleh membakar lebih 60 kalori sejam hanya dengan berdiri. Jadi, jangan mengeluh jika anda terpaksa berdiri di dalam LRT ya!

Bukan itu sahaja, berdiri juga boleh memperbaiki HDL atau tahap kolesterol baik dalam badan anda sebanyak 22%!

Sumber: Marc Hamilton, Ph.D., professor sains perubatan bio di University of Missouri dalam artikel Stand Up For Your Health, Science Daily dan American Institute of Physics
Back to top Go down
View user profile http://mutiarakasih.net63.net
 
Ruangan Info: Jom Share.....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» milk to share
» Share: GF and DF milk in Grand Rapids/Holland
» GTA - New Adoptive Parts looking for milk share!!
» **No longer available** Milk to Share for pickup in Loganville, GA (between Atlanta and Athens)
» Milk to share, Pittsburgh, PA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Surirumah Sentral :: Gossip Surirumah :: Kongsi Masalah / Pengalaman / Ilmu-
Jump to: